Sunday 10 March 2019

Bersetujulah Untuk Bersetuju!






Pernahkah anda terlibat dengan perdebatan di Media Sosial macam Facebook, twitter, or instagram?

Media sosial ini ibarat Broadcasting untuk setiap orang. Every person have their own Broadcasting! dimana mereka ada  press conference sendiri, edit sendiri, Publish sendiri semuanya dilakukan secara bebas. Malah mereka boleh buat siaran langsung lagi. Kadang-kadang press conference tu jejak 10 kali sehari. dari sebesar-besar topik berkenaan pemerintahan negara, sehinggalah ke hal Choholate dan Vanilla. 
Apa tujuan perdebatan tu sebenarnya?
Pastinya mencari solution terbaik. 

Tapi, perasan tak, Kebanyakan perdebatan di Media sosial ni berakhir dengan kecam mengecam, kata mengata, gaduh da nmaki hamun. Ehhh perlu ke? 



Apa motif berdebat tu pun, kengkadang tak ada sebab yang jelas. Ada yang nak menegakkan benang basah, ada yang macam serba tahu. Pastikan bila kita nak berdebat kita bercakap pada sumber yang betul. Sebab benda-benda yang akan keluar dari penulisan atau kata-kata kita tu boleh jatuh FITNAH! tahu tak?. Bila dah jadi fitnah.... Ia sesuatu yang buruk untuk attitude kita.

Jauhkan diri dari berkata tentang diri orang lain. Itu semua bahaya.
Ibarat kita mi kalau masuk ke Media Social semua macam terus boleh jadi haqeem.

Kita tak boleh menilai sesuatu hanya kerana kita berada di sesuatu pihak. Kalau kita mampu untuk mendengar dan menilai dari semua pihak, maka berhemahlah menilai. Itu pun belum tentu betul.

Seharusnya tak perlulah bergaduh atau maki memaki. Apabila kita dah melibatkan diri kita dalam apa-apa perdebatan, kita seharusnya Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju. Sebab kita sebagai manusia memang memiliki pandangan berbeza.

Pandangan orang lain tu tak semestinya tak betul hanya kerana kita tidak bersetuju dengan dia.


Secara peribadi, saya lebih suka menulis di Blog saya sendiri untuk menyatakan pandangan peribadi saya.

Jadi elakkanlah diri dari terjebak didalam perdebatan yang sia-sia.

Orang tersayang berpesan, Kalau tak ada benda baik yang keluar dari mulut kita, Baik Diam!

Malah mungkin ada yang berpendapat,baik tinggalkan perdebatan! Tapi ia ada Pro dan Contralah. Kalau terang dan nyata sesuatu itu perlu ditegakkan kebenarannya, kita haru berpendirian menyatakan kebenaran itu. Tapi pastikan bersandarnkan bukti dan fakta.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Singgah


ShoutMix chat widget