Tuesday 8 October 2019

Cara Uruskan Emosi Anak Di Waktu Pagi




Assalamualaikum sahabat,

Mendidik dan mengurus buah hati, tidak semudah yang kita sangka.  Walaupun kadangkala kita merasakan kita gagal menjadi ibu bapa yang baik pada buah hati , tapi pasti dalam hati kita mahu jadi ibu ayah yang terbaik, ibu ayah yang menyempurnakan setiap keperluan buah hati.

Dari sekecil-kecil hal, hingga ke masa depan, kita mahu anak kita menjadi seorang yang sangat sempurna di mata Tuhan.

Karenah anak-anak, perlu kita hadapi dengan sangat sabar.  Setiap mereka punya watak yang sangat berbeza.  Kadangkala ada yang sikap luarannya lembut, tapi sebenarnya paling keras untuk di fahami. Perlukan task yang tinggi untuk memahami emosi dan karektor. Ada anak yang jenis agak agresif, mudah nak emo, tapi kalau kena cara paling mudah untuk ditangani.

Ok, itu sebagai mukaddimahnya saja. Dan apa yang Sue nak sharekan hari ini adalah berkenaan dengan Cara Sue mengurus emosi anak-anak di waktu pagi.



Cabaran Bangun Pagi

Waktu pagi, sememangnya mencabar untuk mengurus anak-anak terutama yang 5 hingga 8 tahun. Bagi anak-anak Sue, mereka memang ke sekolah awal, seawal 6.40  pagi dah kena siap dan bila kenderaan sampai terus pergi sekolah.  So , SOP nya setiap pagi jam 6.15 Sue akan pastikan mereka bangun dan pergi mandi.  Tak boleh ada yang meragam, menangis atau merajuk sebab kalau tidak masa akan lari.

Tambahan kalau kita uruskan mereka seorang diri.

Bayangkan kalau anak yang yang umur 6 tahun tu, masa 5 tahun, subuh-subuh bekejar satu rumah sebab tak nak mandi. Marah sebab mengantuk dan nak sambung tidur. Kalau tidak sabar silap-silap emosi kita yang tak terurus.

Jadi, kita listkan cabaran anak-anak ni waktu pagi


  • Menangis sebab mengantuk
  • Tidak Mahu Mandi Sebab Sejuk
  • Bergaduh dengan adik, kakak, abang, sebab masing-masing emosi tengah tak stabil

Jadi daripada Sue jadi marah-marah lagilah tidak bagus untuk mereka. Kalau marah, sudah pasti emosi anak pun tercalar dan memberi kesan tidak baik kepada emosi dia nak belajar.  So puas fikir cara. tapi alhamdulillah, semua datang dengan secara spontan. 

Dan terkejut, bila Sue ulang perkara yang sama, tak ada masalah dah nak siapkan mereka di awal pagi. 



Tips Bangunkan Anak Di Waktu Pagi Cara Sue.
  1.  Panggil Nama Penuh, Bagi salam, usap-usap kepala cium dengan penuh kasih sayang, Contohnya, Assalamualaikum Muhammad Husnal Al -Ameen Mama. cium dan bagi tahu, Mama sayang Ameen.
  2. Anak mama yang soleh, anak mama yang cerdik, anak mama yang hebat jom bangun. 
  3. Buka topik yang baik-baik... contohnya, ingatkan perkara baik yang last dia buat sebelum tidur.  Contohnya, Ehhh tadi malam Ameen tolong kemaskan buku ya sebelum tidur... Hebat Ameen... Terima Kasih Tau... Kali ni confirm dia respon. dan senyum
  4. Tarik perlahan2 dan peluk... wahhhh memang diaa akan menurut.
  5. Pimpin mereka ke bilik air.... ambilkan berus gigi, air..
  6. selesa tak air tu... suam2 kan.... jangan rasa menyusahkan buat air panas pada dia. Yakinlah setiap perkara  baik yang kita lakukan untuk anak  kita Allah akan beri kebaikkan. 
  7. Pakai baju sekolah, bersarapan 
  8.  Jangan lupa pandukan solat subuh. biar tak sempurna tapi di abuat.. lama-lama sempurnalah kan. 
Ok selamat mencuba. jangan sekali-kali berputus asa. Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu yang anak-anak liat bangun pagi. 

Jumpa lagi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Singgah


ShoutMix chat widget