Saturday 13 July 2019

Refreshing Diri.




Assalamualaikum...
Salam sejahtera, salam penuh kasih sayang....
Soalan pertama saya, apa perasaan you all semua sekarang?
Semoga semuanya Ok dan baik-baik.

Well, sebenarnya saya  belum pun ada topic nak  dibincangkan....

Cuma ke arah nak Refreshing diri.  Biar lebih proaktif. Biar lebih memberi nilai kepada diri sendiri dan orang lain. Lately ada perasaaan yang berbaur-baur. Lebih dipengaruhi dengan situasi-situasi sekeliling.

Tiba-tiba terasa masa diri sendiri di muka bumi ini semakin singkat. Tinggal sedikit sahaja kesempatan waktu yang Allah bagi. Tak tahu berapa lama. Tak tahu kenapa perasaan itu selalu muncul. Semoga itu petanda satu rahmat yang Allah beri pada saya sebagai tanda.. DIA sangat menyayangi saya. Semoga ia sebagai satu tanda yang Allah sedang menjentik hati saya... bahawa DIA sangat sayangkan saya Amin.

Friend, sambil saya menaip ni saya on video Irfan Khairi tentang tips-tips business. Ternyata, kalau kita dengar benda-benda positif maka mindapun jadi positif. Semangat pun meningkat dari mungkin cuma 40% kategori suam-suam kuku, kepada 10% ke 20 %  tapi belum tahap Boil lagi.

Ada planning nak start mengupload video di You Tube! Dah lama nak buat tapi macam self confident tu belum ada... Skill orator tu memang dah melekat. tapi lama tak berpencak mahu tumpul juga.

Tiba-tiba rindu diri sendiri....

Setiapa kali duduk berdua bersama suami kesayangan, seringkali, cinta hati kata... Sayang... setiap benda yang sayang share selalu memberi inspirasi... kena share to others! ramai yang dapat munafaat.

Hmmm... hanya aku yang tenggelam dengan diri sendiri. Sampai dah tak kenal diri. Dulu-dulu saya seorang Presenter! tak kisah pentas mana, tak pernah ada rasa gentar dalam diri. Present business on stage sanggup Flight Buat Roadshow di Kuching, Keningau pun sanggup di redah. Penang, Kulim menjadi kunjungan most every week.

Itulah perniagaan perlukan kekuatan. Kalau kau tak kuat memang akan kecundang. Sudahnya sampai hari ini saya menyepi. Syukur rasa-rasa mahu buat come back tu sudah datang. tapi bukan mudah nak kumpul kekuatan dan material.

Main dengan Psikologi ni... kalau tak kuat memang tewas... hingga hilang diri.

Semoga Allah bantu saya. Amin.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Singgah


ShoutMix chat widget