Wednesday 27 February 2019

Cara Buat Keria Gula Melaka yang lembut dan Gebu.




Sudah berapa hari teringin nak makan keria gula melaka.  Sebenarnya secara peribadi, untuk dapatkan texture yang lembut, ia bergantung kepada nisbah penggunaan tepung dan ubi keledeknya. 

Kalau menggunakan jumlah keledek yang banyak berbanding tepung, memanglah tersangatlah sedapnya. Tepung tu fungsinya hanyalah sebagai gam, atau pelekat ubi keledek tu daripada mudah terurai sewaktu kira menggoreng.

Cara menyira pun kalau tak pandai, dan memang jadi macam gambar akak tu laaa. Yang ni terlebih masa, semasa proses memasak gula. lagi satu akak menggunakan gula merah biasa sebab ini sahaja stock yang ada di rumah. Sepatutnya kalau nak sangat sedap kena guna gula melaka yang original... perghhh memang rasa dia akan tersangatlah sedap. 

Masa akak teringin ni ingat nak open order, tapi memandangkan harga ubi keledek Rm6 sekilogram dan kuantitinya dapat tak sampai 40 biji pun....malah  dengan size keria yg sangat comel.... maka lupakan jerlah niat nak open order untuk org lain tu. Next time maybe.

Untuk tak menghampakan... akak sharekan resepinya di sini. 

Bahan-bahannya:
  • 500 gram ubi keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 keping Gula melaka
  • 1 sudu gula pasir
  • 1 cawan air
Simplesangat kan bahan-bahannya.
Cara-cara membuat:
  1. Rebus ubi keledek sehingga betul-betul empuk
  2. Toskan ubi keledek sehingga air yang rebusan pada ubi keledek itu tertinggal seminima yang mungkin pada ubi keledek
  3. Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan
  4. Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat da gaulkan hingga sebati menjadi doh keria
  5. Bulat-bulatkan doh keria dan bentukkan menjadi bentuk “O”
  6. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
  7. Campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air sehingga mendidih dan pekat
  8. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati
  9. Toskan gula berlebihan dengan penapis.
  10. Siap untuk dihidangkan…!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Singgah


ShoutMix chat widget