Wednesday 13 February 2019



Masjid Ar RahmanKg. Pulau  Gajah, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.


MASJID AR RAHMAN KG.PULAU GAJAH SABAK , PENGKALAN CHEPA , KELANTAN. Selalu terdengar tentang kehebatan masjid ini. Walau hampir 3 tahun duduk di Johor, tetap sahaja merisik berita dari Kota Bharu. Sebaik sahaja sampai di Pengkalan Chepa, memang terus memasang angan2 nak melawat masjid ini. Tapi lantaran kesibukan menguruskan majlis pernikahan adik kami, Marjiana Saedon. kami tangguhkan dulu.

Semasa arah balik ke Johor, maka kami sempatkan diri ke sini. Dari Airport Sultan Ismail Petra, kami terus ke masjid ni....nak tengok sendiri apakah benar seperti yang dikhabar2kan. Mula2 suspen juga nak ke sana sebab masuk jalan2 kampung...jumpa sungai2...pokok2 paya bakau....jalan tepi pantai yang hanya muat satu keta...betoi ka waze ni??? Tapi bila sampai...subhanallah...tersergam indah & mendamaikan....jauh dia tersorok dalam kampung.

Masjid Ar-Rahman, Kg Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, Kelantan. Rasanya antara yang tercantik di Malaysia...halus senibinanya...kepala paip pon berseni...takde aircond tapi tak panas sebab konsep terbuka & dibina daripada kayu...ala2 masjid resort gitu. Difahamkan masjid dibina atas sumbangan seorang Datuk...rumah beliau berhampiran dengan masjid tersebut. Moga Allah berikan pahala yang berlipat ganda kepada beliau.

Beruntung orang Kg Gajah dan penduduk sekitar Koa Bharu. semoga mereka terus mengimarahkan masji ini.

Kepala paip pun berseni.  Masjid ini tidak menggunakan penghawa dingin tapi aliran udaranya sangat meyamankan. Masjid ini berkonsepkan resort. memang boleh tertidur kalau kat sini.

Kepala dah set nak jadikan tempat mencari ilham, jika diizinkan Allah kami menetap kembali di Kota Bharu. 





Pemandangan dari luar masjid. 




Ambik berkat untuk solat tahiyyatul masjid.


Kerusi kayu untuk ambil wudhu



Pandangan dari arah Kubah Masjid.... Cantik kan...


Pandangan keseluruhan  ruang solat imam.


Bukan main syok di guling kat masjid. Best katanya.


Tak tahu nak panggil apa.... ini adalah kawasan depan imam.



Dua beranak yang sangat kamching... Jannah and Baba.




Dah... Jangan di ketuk Nanti tok bilal datang azan ingat dah masuk waktu plak...



Batu yang di ukir dengan ayat Al Quran. 


 Sebenarnya sungai ni bertemu dengan sungai lain.... itulah yang membawa aliran udara yang sangat segar dalam masjid.


Nanti kalau ada masa kami berkunjung ke sini... kami akan update lagi...

Nukilan Keluarga Hisyam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Singgah


ShoutMix chat widget